Friday, 23 March 2012

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK Z-LEAGUE MUSIM 2012/2013

Kini Z-league hanya berbaki 2 minggu sahaja lagi dan akan berakhir insyaAllah pada 7 hb APRIL 2012.Oleh itu pihak pengurusan Z-league ingin membuka kepada semua pemain dari setiap kumpulan dapat memberikan cadangan-cadangan ataupun muhasabah bagi Z-league musim 2011/2012 ini supaya dapat dibincangkan dalam mesyuarat terakhir Z-league nanti.

Sebarang cadangan/muhasabah berkaitan dengan:

1.Pengurusan
2.Peraturan
3.Blog
4.Musim perpindahan (transfer season)

Aspek-aspek ini amatlah dititik-beratkan oleh pihak pengurusan akan tetapi selain daripada yang disebutkan juga akan diambil kira.

Oleh itu,kami sebagai AJK yang bekerja untuk Z-league musim ini amatlah memerlukan idea-idea yang bernas supaya Z-league yang akan datang lebih menyeronokkan dan tidak berada di tahap yang sama.

Cadangan/muhasabah tersebut bolehlah dihantar melalui inbox :

1.Facebook: AINOL BIN ABDOL HAMID
2.Telefon : 01125200899

Terima kasih,

,
(AINOL BIN ABDOL HAMID)
Pengarah Z-league musim 2011/2012)

FAHMI ODENI MAHUKAN 20 JARINGAN

OLEH : MAPLEI CORNER



FAHMI ODENI penyerang utama PES FC kini masih memegang takhta penjaring terbanyak Z-league dengan 16 jaringan setakat ini dengan kelebihan 4 jaringan terhadap AFIQ PISINGAN dari GERAGAS FC.

Beliau berhasrat ingin mencapai sasaran 20 gol untuk memecahkan rekod rakan sepasukan beliau SYAHMI AMIR yang memegang takhta penjaring terbanyak sebanyak 2 kali berturut dalam Z-league musim 2009/2010 dan 2010/2011 kedua-duanya dengan jaringan sebanyak 16 gol.

''Saya berharap ingin menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan memecahkan rekod SYAMI.Saya mensasarkan 20 gol untuk musim ini,jikalau lebih saya bersyukur itu rezeki.''FAHMI ODENI semasa ditemubual.

PES FC berbaki 3 perlawanan sahaja lagi,2 perlawanan minggu ini menentang ZAQELONA FC dan SUKA-SUKA FC.Adakah FAHMI ODENI bakal mencapai sasaran beliau dan seterusnya memegang takhta 'PENJARING TERBANYAK SEPANJANG ZAMAN'?

CLASH OF THE TITANS: PES FC VS ZAQELONA FC PENENTU MAHKOTA LIGA 2012



Oleh: SANG BOLA

2 pasukan gergasi Z-league PES FC dan ZAQELONA FC akan beraksi di dalam perlawanan minggu ke-6 ini.PES FC diketuai oleh SYAHMI AMIR tahun ini menjadi pendahulu liga dengan kelebihan 3 mata terhadap ZAQELONA FC.Namun dengan kelebihan itu adakah PES FC dapat mempertahankan mahkota liga?

ZAQELONA FC pula yang diketuai oleh AMMIR IZZAT,pada tahun ini dengan krisis dalaman dalam pasukan tersebut semasa perpindahan masuk FARHAN KHAIRUL FAHMY dari STELLA DEL CALCIO FC mampukah membawa pasukan tersebut menerajui takhta liga tahun ini?

Berdasarkan statistik perlawanan pada Z-league 2010/2011,PES FC telah menewaskan ZAQELONA FC dengan jaringan 1-0 hasil dari sepakan penalti dari ZAID NAILUL MURAD.

Tahun ini,ZAQELONA FC dengan strategi permainan mereka mengawal posisi bola berbanding PES FC dengan taktik ''COUNTER-ATTACK'' kedua-dua pasukan merupakan pakar dalam strategi-strategi mereka.

''CLASH OF THE TITANS : PES FC VS ZAQELONA FC.''

Pasukan manakah yang akan dapat memegang takhta liga Z-league 2011/2012 ini?Kita saksikan minggu ini.

Saturday, 10 March 2012

KEPUTUSAN MINGGU KELIMA

PADANG A :

RUMPUT HIJAU FC VS SHAKKAT-TEN-YO FC
1-2


PES FC VS SM ROSSONERI FC
3-0


SHAKKAT-TEN-YO FC VS GERAGAS FC
0-0


DIGITALIS FC VS PES FC
1-4


SM ROSSONERI FC VS PORORO FC
0-0


SAHAH FC VS RUMPUT HIJAU FC
0-1


GERAGAS FC VS SM ROSSONERI FC
2-0


SHAKKAT-TEN-YO FC VS ZAQELONA FC
1-1



PADANG B :

GERAGAS FC VS SAHAH FC
0-1


STELLA DEL CALCIO FC VS ZAQELONA FC
0-6


RARE LEGEND FC VS ABT FC
1-0


ZAQELONA FC VS SUKA-SUKA FC
0-0


ABT FC VS VICEROY CITY FC
3-0


PES FC VS STELLA DEL CALCIO FC
3-0


PORORO FC VS DIGITALIS FC
0-1


SUKA-SUKA FC VS VICEROY CITY FC
0-1

Saturday, 3 March 2012

AHAD ( 4 MAC 2012 ) HARI TERAKHIR MUSIM PERPINDAHAN (TRANSFER DEADLINE)

Musim perpindahan akan ditutup pada ISNIN 4 Mac 2012,
sebagaimana yang diketahui oleh setiap pasukan,musim perpindahan sepatutnya ditutup pada RABU 29 FEBRUARI 2012 yang lepas..

Pihak pengurusan mengambil keputusan menunda tarikh tutup tersebut disebabkan ramai pasukan yang tidak mengetahui tarikh yang ditetapkan itu.

Namun,sebarang perpindahan mestilah mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.Perpindahan boleh dilakukan dengan memberi nama kepada NIK AMILY di Facebook beliau.

Jika sebarang perpindahan yang dibuat selain tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan selepas ini.



Harap maklum.

AINOL BIN ABDOL HAMID
(Pengarah Z-league 2011/2012)