Saturday 7 April 2012

KEPUTUSAN MINGGU KETUJUH

PADANG A :

SAHAH FC VS ABT FC
1-1


VICEROY CITY FC VS SM ROSSONERI FC
0-1


PES FC VS PORORO FC
3-0


GERAGAS FC VS ZAQELONA
1-2


PADANG B :


STELLA DEL CALCIO FC VS RUMPUT HIJAU FC
5-2


SUKA-SUKA VS SHAKKAT-TEN-YO FC
0-1


RARE LEGEND FC VS DIGITALIS FC
3-0

Thursday 5 April 2012

MINGGU TERAKHIR Z-LEAGUE

Insyaallah Z-league sudah sampai ke penghujungnya.Bagi Z-league musim 2011/2012 ini seperti biasa akan diadakan :

TARIKH: 7hb APRIL 2012 (SABTU)
MASA: 7.30 pagi - 10.30 pagi
TEMPAT: ISTAD GAMAAH (PADANG MERAH)

Minggu ini juga akan diadakan majlis penutup dan penyampaian hadiah,berikut adalah tentatif program :

7.15-7.30 pagi : Kehadiran peserta dan tetamu
7.30-9.15 pagi : Z-league
9.15-9.45 pagi : Ucapan
1.Pengarah
2.Perasmi (PENGERUSI PCZ)

9.45-10.00 pagi : Penyampaian hadiah


SYARAT-SYARAT dan PERATURAN : Tiada perubahan terhadap peraturan yang dibuat sama ada berkaitan dengan Peraturan perlawanan ataupun Pertukaran pemain.


Diharapkan kepada semua pasukan dapat memberikan kerjasama pada minggu ini supaya program kita ini dapat berjalan dengan lancar.


KEPUTUSAN MINGGU KEENAM

PADANG A :

RUMPUT HIJAU FC VS SM ROSSONERI FC
2-0

SHAKKAT-TEN-YO FC VS RARE LEGEND FC
1-0

DIGITALIS FC VS GERAGAS FC
0-1

SHAKKAT-TEN-YO FC VS VICEROY CITY FC
1-0

ZAQELONA FC VS PES FC
0-1

SAHAH FC VS VICEROY CITY FC
4-0

SM ROSSONERI FC VS RARE LEGEND FC
2-3


PORORO FC VS STELLA DEL CALCIO FC
1-0


PADANG B :

PES FC VS SUKA-SUKA FC
5-0

PORORO FC VS ZAQELONA FC
0-1

SUKA-SUKA FC VS ABT FC
1-1

RARE LEGEND FC VS SAHAH FC
0-2

GERAGAS FC VS STELLA DEL CALCIO FC
2-1

RUMPUT HIJAU FC VS DIGITALIS FC
0-0

SHAKKAT-TEN-YO FC VS ABT FC
1-2

Saturday 24 March 2012

CLASH OF THE TITANS:PES FC BERJAYA MENUMPASKAN ZAQELONA FC LANTAS MENJULANG PIALA BUAT KALI KE-3



SABTU,24 MAC 2012-2 Pasukan gergasi Z-league PES FC dan ZAQELONA FC yang menduduki tangga teratas liga telah beraksi di padang A Istad Gamaah pagi tadi.Masing-masing memiliki kekuatan dari taktik-taktik perlawanan yang dipersembahkan tadi.

Kelihatan pada separuh masa pertama,PES FC banyak membuat serangan tetapi dengan kawalan ketat bahagian pertahanan ZAQELONA FC,PES FC tidak berjaya membuat sebarang jaringan.Terdapat beberapa cubaan tersasar dari penyerang utama PES FC , FAHMI dan ZAID namun tidak dapat menyentuh tiang gol pihak lawan.ZAQELONA pula tidak terlalu menyengat semasa separuh masa pertama ini.

ZAQELONA FC bangkit semasa separuh masa kedua dengan membawa masuk pemain simpanan NADHAR dan FAIZ AZLAN yang tidak bermain langsung ketika awal permainan.Kemasukan 2 penyerang tersebut menjadikan bahagian pertahanan PES FC menjadi kurang terkawal berbanding separuh masa pertama.Cubaan NADHAR JAAFAR menyepak dari ruang sepak mula terus ke arah gol hampir membuahkan hasil apabila terkena palang gol pihak lawan.

Posisi kedua-dua pasukan semasa separuh masa kedua ini kelihatan seimbang,kedua-duanya banyak membuat serangan sehingga masa berbaki 4 minit apabila ZAID membuka peluang jaringan kepada FAHMI setelah bola yang disepak ke arah penjaga gol ZAQELONA FC membuatkan kekeliruan barisan pertahanan dan akhirnya jaringan di hadapan tiang gol disudahkan oleh FAHMI.Jaringan 1-0 kekal sehingga wisel penamat ditiup oleh pengadil.

Dengan jaringan yang dibuat oleh FAHMI ODENI itu beliau memegang takhta PENJARING GOL TERBANYAK SEPANJANG ZAMAN dengan 20 jaringan seterusnya kemenangan PES FC terhadap ZAQELONA FC dan SUKA-SUKA FC pagi tadi melayakkan pasukan itu menjulang PIALA Z-LEAGUE MUSIM 2011/2012 dan juara 3 tahun berturut-turut.

Bagi ZAQELONA FC pula pertandingan hanya berbaki 1 perlawanan sahaja dan mata pasukan ini disaingi rapat oleh pasukan GERAGAS FC yang memenangi kedua-dua perlawanan pada pagi tadi dan mempunyai beza jaringan yang sangat rapat.Penentuan tempat naib johan dan tempat ke-3 akan ditentukan pada minggu terakhir Z-league yang akan diadakan pada 7hb APRIL 2012 nanti.