Friday 23 March 2012

FAHMI ODENI MAHUKAN 20 JARINGAN

OLEH : MAPLEI CORNER



FAHMI ODENI penyerang utama PES FC kini masih memegang takhta penjaring terbanyak Z-league dengan 16 jaringan setakat ini dengan kelebihan 4 jaringan terhadap AFIQ PISINGAN dari GERAGAS FC.

Beliau berhasrat ingin mencapai sasaran 20 gol untuk memecahkan rekod rakan sepasukan beliau SYAHMI AMIR yang memegang takhta penjaring terbanyak sebanyak 2 kali berturut dalam Z-league musim 2009/2010 dan 2010/2011 kedua-duanya dengan jaringan sebanyak 16 gol.

''Saya berharap ingin menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan memecahkan rekod SYAMI.Saya mensasarkan 20 gol untuk musim ini,jikalau lebih saya bersyukur itu rezeki.''FAHMI ODENI semasa ditemubual.

PES FC berbaki 3 perlawanan sahaja lagi,2 perlawanan minggu ini menentang ZAQELONA FC dan SUKA-SUKA FC.Adakah FAHMI ODENI bakal mencapai sasaran beliau dan seterusnya memegang takhta 'PENJARING TERBANYAK SEPANJANG ZAMAN'?