Friday 23 March 2012

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK Z-LEAGUE MUSIM 2012/2013

Kini Z-league hanya berbaki 2 minggu sahaja lagi dan akan berakhir insyaAllah pada 7 hb APRIL 2012.Oleh itu pihak pengurusan Z-league ingin membuka kepada semua pemain dari setiap kumpulan dapat memberikan cadangan-cadangan ataupun muhasabah bagi Z-league musim 2011/2012 ini supaya dapat dibincangkan dalam mesyuarat terakhir Z-league nanti.

Sebarang cadangan/muhasabah berkaitan dengan:

1.Pengurusan
2.Peraturan
3.Blog
4.Musim perpindahan (transfer season)

Aspek-aspek ini amatlah dititik-beratkan oleh pihak pengurusan akan tetapi selain daripada yang disebutkan juga akan diambil kira.

Oleh itu,kami sebagai AJK yang bekerja untuk Z-league musim ini amatlah memerlukan idea-idea yang bernas supaya Z-league yang akan datang lebih menyeronokkan dan tidak berada di tahap yang sama.

Cadangan/muhasabah tersebut bolehlah dihantar melalui inbox :

1.Facebook: AINOL BIN ABDOL HAMID
2.Telefon : 01125200899

Terima kasih,

,
(AINOL BIN ABDOL HAMID)
Pengarah Z-league musim 2011/2012)