NEWS

FARHAN MENGINTAI PASUKAN BARU


OLEH : SANG BOLA

Zagazig,22 Februari 2012 - Farhan Khairul Fahmy,ketua pasukan Stella Del Calcio Fc dikatakan ingin berpindah kepada mana-mana kelab yang berminat dengan kebolehan beliau.Setelah 2 tahun kelab ini ditubuhkan Farhan menjadi tunggak utama dan banyak aksi-aksi menarik yang dipamerkan sepanjang musim ini.Namun mungkin disebabkan faktor pencapaian kelab tersebut membuatkan Farhan ingin berpindah,setakat ini Stella Del Calcio Fc memegang tangga terbawah liga Z-league tanpa mempunyai sebarang jaringan.
Sepanjang musim perpindahan ini adakah kelab-kelab lain akan mendapatkan khidmat Farhan Khairul Fahmy yang memegang posisi penyerang?.Beliau mempunyai kelebihan dengan kaki yang lincah namun setakat musim ini masih belum terdapat jaringan yang dihasilkan.


Farhan Khairul Fahmy mempunyai reputasi yang tinggi dalam liga Z-league,adakah terdapat kelab yang ingin mendapatkan khidmat penyerang Stella Del Calcio fc ini atau beliau akan terus bersama kelab tersebut




TUAH VICEROY CITY FC DI MINGGU PERTAMA MEMENANGI KEDUA DUA PERLAWANAN


OLEH : ABOU HURAIRAH


ZAGAZIG (24 Disember 2011) : Pasukan Viceroy City FC yang diketuai oleh Saudara Syakir Hussein yang merupakan pemain baru dan kapten baru bagi pasukan Viceroy City FC. Sebelum ini, pasukan ini diketuai oleh Saudara Mohamad Zubir Ahmad yang merupakan kapten pertama pasukan ini sejak awal ditubuhkan pada 2010. Setelah sesi baru, kesepakatan dicapai antara pemain pemain untuk menjemput 5 pemain baru selaku barisan keenaman pasukan Viceroy City FC. Saudara Khawarizmi (Barisan Pertahanan), Saudara Haziq (Barisan pertengahan), Saudara Hamizan (Penjaga gawang gol), Saudara Syakir Hussein & Saudara Adli sebagai jentera serangan.

“Penyamaan gol direalisasikan melalui assist pass dari Saudara Syakir & disudahkan dengan cemerlang oleh Saudara Adli ke penjuru kiri gol”

Pada perlawanan pertama, Viceroy City FC bertemu pasukan baru yang dibarisi pelajar tahun 1 iaitu Digitalis FC. Berkesudahan Viceroy City FC (2) dan Digitalis FC (1). Gol awal disumbat oleh pasukan Digistalis FC oleh kerana pertahanan yang cukup memaksakan Saudara Syahmi Syazani menyepak bola sesat ke penjuru kanan gol dengan penjaga gol tidak kesampaian untuk menepis bola itu. Penyamaan gol direalisasikan melalui assist pass dari Saudara Syakir & disudahkan dengan cemerlang oleh Saudara Adli ke penjuru kiri gol. Tiga minit sebelum wisel penamat ditiup, Saudara Syakir Hussein kapten pasukan Viceroy City melakukan serangan akhir dengan menyepak kencang disertai penjaga gol pihak lawan yang tersalah membaca gerakan bola lalu bola leret ke tiang gol sebelah kiri & ke jaring sebelah kanan gol.

“Oleh kerana barisan pertahanan dikemaskan lagi & tidak mahu terjadi seperti perlawanan pertama, maka tactic pertahanan di perkuatkan oleh barisan pertahanan”

Kemenangan Viceroy City FC dalam perlawanan berikutnya adalah menentang pasukan Stella Del Calcio II dengan kemenangan (2-0) menjadikan pasukan ini berkedudukan selesa. Oleh kerana barisan pertahanan dikemaskan lagi & tidak mahu terjadi seperti perlawanan pertama, maka tactic pertahanan di perkuatkan oleh barisan pertahanan. Gol pertama dijaringkan oleh Saudara Adli pada awal minit ke 4’ kerana kesilapan pertahanan Stella Del Calcio II menyepak bola ke arah pemain pertahanan tengah terlalu tinggi lalu terkena tangan pemain pertahanan tengah tadi dalam kotak penalti. Gol kedua di jaringkan pada minit ke 5’ oleh Saudara Syakir Hussein akibat kealpaan pemain Stella Del Calcio II yang hilang semangat kerana bolos gol pertama.



 Z-LEAGUE MUSIM 2011/2012 BERMULA SABTU INI (24 DISEMBER 2011)

Acara yang dinantikan oleh seluruh mahasiswa Malaysia yang menetap di Zagazig,satu-satunya acara yang berprestij diadakan oleh PERUBATAN CAWANGAN ZAGAZIG.Setelah 2 musim berlalu sedikit demi sedikit pembaharuan dilakukan oleh pengarah-pengarah yang lepas bagi memastikan acara ini semakin menarik dan memberi saingan antara pasukan-pasukan yang bertanding.

Z-league musim 2011/2012 ini menyaksikan 14 pasukan yang bakal bertanding selama beberapa minggu.Bagi 2 tahun berturut-turut takhta juara Z-league dipegang oleh PES FC,akan tetapi dengan kemasukan beberapa pasukan baharu seperti RUMPUT HIJAU FC,ABT FC,DIGITALIS FC,PORORO FC adakah akan memberi saingan sengit buat PES FC untuk mengekalkan takhta tersebut.

Begitu juga dengan pasukan-pasukan yang ditubuhkan pada musim lepas seperti ZAQELONA FC,SHAKKAT TEN YO FC (STY),SAHAH FC,SUKA-SUKA FC,RARE LEGEND FC,SM ROSSONERI FC,STELLA DEL CALCIO FC dan VICEROY CITY FC diperkuatkan lagi dengan barisan pemain-pemain baru yang berbakat dan pemain senior yang berpengalaman mungkin bakal menjadikan pertandingan ini semakin sengit dan menarik.

Diharapkan Z-league tahun ini membawa perubahan yang lebih kreatif inovatif dan kompetitif dengan membuat perubahan-perubahan menarik sekaligus menjadikan acara tahunan ini semakin seronok dan mendapat sambutan orang ramai di Zagazig mahupun di luar Zagazig.




Yang Benar,
(Budak Bola)




PES FC BERJAYA MENDAPATKAN FAHMI ODENI DARI SM ROSSONERI

CAO bersama KAPTEN SM ROSSONERI FC 

kehangatan Z-league kian membara terutama sekali dgn banyak perpindahan dan kelab-kelab baru ditubuhkan yang akan memberi saingan yang kuat dalam Z-league musim 2011/2012.Baru-baru ini antara perpindahan yang hangat dalam sejarah Z-league FAHMI BIN ODENI dengan nama manjanya CAO berjaya ditarik masuk ke dalam PES FC selepas menang bidaan ke atas VICEROY CITY FC.

Begitu juga dengan kelab-kelab besar seperti ZAQELONA FC,SHAKKAT-TEN-YO FC dan bakal menjadi pesaing kuat musim ini ABT FC dan RUMPUT HIJAU FC.

Berikut adalah senarai nama perpindahan:


  1. AHMAD BASHEER HUSNI                   ( SHAKKAT TEN YO FC )
  2. SYAKIR HUSSEIN                                ( VICEROY CITY FC )
  3. ADLI AZEMI                                         ( VICEROY CITY FC )
  4. NIK AMILY                                           (ZAQELONA FC )
  5. IZZAT SYAZRIQ                                  ( ZAQELONA FC )
  6. ERMYZAL NAZIRUL                            ( ZAQELONA FC )
  7. HAZIQ AIMAN                                     ( ABT FC )
  8. ABRAR YAHYA                                    ( ABT FC )
  9. NIK AHMAD ZAKIR                              ( ABT FC )
  10. IKMAL FAHMI MALEK                          ( ABT FC )
  11. MARWAN MUHAMMAD                       ( RUMPUT HIJAU FC )
  12. ABDULLAH ( ABUD )                            (RUMPUT HIJAU FC )
  13. HADI ROSLI                                        ( SM ROSSONERI FC )


TEKNIKAL SEBELUM PERLAWANAN:

  1. Setiap pasukan hendaklah bersiap sedia setiap masa.
  2. Pengumuman perlawanan akan dibuat 3 minit sebelum tamat perlawanan yang berlangsung.
  3. Penerangan peraturan-peraturan penting oleh pengadil yang ditetapkan sebelum perlawanan di meja pengurusan.
TEKNIKAL PERLAWANAN TUMPUAN:

A.PROTOKOL DALAM PADANG:
  1. Pemain berbaris di luar padang sebelum perlawanan bermula.
  2. Pemain masuk ke dalam padang bersama pengadil ke tengah padang.
  3. Kapten setiap pasukan dipanggil oleh pengadil untuk penentuan ''KICK OFF"
  4. Pemain bersalaman antara satu sama lain.
  5. Sebelum perlawanan pasukan yang lain duduk di atas bangku padang.
B. PERTUKARAN PEMAIN (SUBSTITUTION) :
  1. Pertukaran pemain hendaklah diberitahu kepada LINESMAN.
  2. Pertukaran pemain tidak terhad bilangan.
  3. Pertukaran hanya dibenarkann ketika bola keluar padang (cth: OUTBALL,GOALKEEPER BALL)
C. MERAI GOAL (GOAL CELEBRATION) :
  1. GOAL CELEBRATION dibenarkan sama sekali.
  2. Video GOAL CELEBRATION akan dirakam menggunakan kamera di tepi padang (SIDECAM)
  3. GOAL CELEBRATION tidak terbatas selagi tidak melanggar batas-batas adab dan syariat.
  4. Video GOAL CELEBRATION akan digunakan untuk masa-masa akan datang dalam video Z-league (cth : video promo,perlawanan tumpuan dan lain-lain)




SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN :
  1. Setiap kumpulan hanya dibenarkan  mendaftar 10 orang sahaja dan minimum 6 orang
  2. Terbuka kepada semua warga mahasiswa Zagazig
  3. Mahasiswa yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik dan memudaratkan tidak dibenarkan untuk bermain (cth:lemah jantung,darah tinggi dan lain-lain)
  4. Tidak mempunyai terma-terma khusus pada mana-mana kumpulan


PERATURAN PERTANDINGAN :

  1. Peraturan ini tidak mengikut spesifikasi FIFA. Hanya digunakan untuk Z-LEAGUE.
  2. ''HANDBALL'' adalah dari tangan ke siku
  3. Tidak dibenarkan ''SCORE'' terus dari sepakan ke dalam(kick in)
  4. Pemain dibenarkan ''SCORE'' dari sepak mula dan dari sepakan penjuru
  5. Penjaga gol boleh menangkap bola ''BACKPASS''.
  6. Sepakan penalti hanya dibenarkan mengambil satu langkah sahaja.
  7. Gol yang dikira adalah jelas masuk ke gawang gol,dan keputusan pengadil adalah muktamad bagi situasi ''50-50''
  8. Tidak dibenarkan membuat terjahan keras,''SLIDE TACKLE'',dan main kasar,amaran atau kad kuning akan diberi.
  9. Kad merah akan diberi jika mendapat 2 kad kuning dalam satu perlawanan dan haruslah keluar dengan segera,pemain yang tidak menghormati pengadil juga akan dilayangkan kad merah.
  10. Pemain yang mendapat kad merah tidak boleh diganti dengan pemain lain dalam perlawanan yang sama.
  11. Jika pemain memegang 3 kad kuning dalam LIGA atau memegang kad merah,beliau akan digantung satu perlawanan.
  12. Pemain tidak dibenarkan membuat sebarang provokasi terhadap lawan atau kad akan diberikan.
  13. Masa permainan adalah 15 minit. 7 minit separuh masa pertama 1 minit rehat 7 minit separuh masa kedua(masa mungkin diubah mengikut kesesuaian jika terdapat masalah teknikal)
  14. Setiap pasukan hendaklah bersedia 5 minit sebelum sepak mula,sebarang kelewatan tidak akan dilayan dan akan menyebabkan pasukan kalah 3-0 dengan automatik.
  15. Ketua pasukan diminta peka dengan ahli pasukan dan jadual perlwanan masing masing setiap minggu bagi mengelak masalah kepada pasukan.
  16. Permainan adalah 6 orang sebelah termasuk penjaga gol,pasukan yang tidak cukup pemain dibenarkan bermain dengan pemain yang ada.
  17. Pasukan tidak dibenarkan membuat perpindahan pemain setelah liga bermula,pasukan yang kurang dari 10 orang masih boleh menambah pemain dengan syarat pemain yang diambil belum berdaftar dengan mana-mana pasukan.
  18. Pertukaran pemain tiada had dalam satu perlawanan,tapi hendaklah tukar dalam kawasan yang ditetapkan.
  19. Setiap pasukan digalakkan mebuat jersey pasukan,atau sekurang kurangnya baju yang sama warna.
  20. Tidak dibenarkan menggunakan pemain pasukan lain atau ''IMPORT''.
  21. Setiap pemain hendaklah menutup aurat dan berkasut,pengadil berhak menghalang mana-mana pemain tidak mematuhi etika pemakaian dari bermain.
  22. Bagi kemuncak liga,jika terjadi pasukan yang mempunyai sama mat.Kedudukan akan ditentukan melalui ''GOAL DIFFERENCE'' terlebih dahulu diikuti ''GOAL'', dan ''HEAD TO HEAD HISTORY". kalau tu pun x selesai lagi..penaltilah jawabnye.
  23. Jawatankuasa Z-LEAGUE akan menilai mana-mana perbuatan yang boleh mencacatkan liga ini