Wednesday 22 February 2012

Z-LEAGUE AKAN DIADAKAN SELAMA 7 MINGGU SAHAJA

Pihak pengurusan Z-league telah merancang pertandingan ini dan setelah ditimbal semula dengan keadaan semasa di Zagazig ini jadi pertandingan ini akan diadakan sehingga minggu ke-7 sahaja.

Hal ini kerana terdapat program yang dirancang oleh Perubatan Pusat yang akan berlangsung tidak lama lagi iaitu PERUBATAN SPORTS DAY (PSD).Program ini dijangka mengambil masa 2 minggu 23hb MAC dan 30hb MAC,oleh itu pihak pengurusan menjangkakan Z-league tidak dapat selesai sehingga awal bulan April jika terdapat sebarang penundaan masa lagi.

Jadi,bermula minggu ke-3 ini pihak pengurusan mengambil langkah untuk menambah perlawanan dari 9 perlawanan kepada 15/16 perlawanan setiap minggu.Bagi minggu terakhir pula akan diadakan 7 perlawanan sahaja.

Oleh itu,kami sebagai AJK pelaksana pertandingan ini mengharapkan yang terbaik daripada semua pasukan supaya dapat hadir ke tempat perlawanan tepat pada waktu yang ditetapkan agar program ini dapat berjalan lancar.

Kerjasama semua pasukan amatlah diharapkan.

Sekian,

AINOL BIN ABDOL HAMID
(Pengarah Z-league 2011/2012)