Tuesday 21 February 2012

MUSIM PERPINDAHAH PEMAIN (TRANSFER SEASON)

Musim perpindahan pemain antara kelab-kelab Z-league dibuka,berikut adalah syarat-syarat perpindahan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat yang diadakan antara AJK Z-league dan Ketua setiap pasukan :

SYARAT-SYARAT PERPINDAHAN:

  1. Perpindahan tesebut hendaklah dipersetujui oleh ketua pasukan pemain yang berpindah.
  2. Bagi mana-mana kumpulan yang masih kekurangan pemain boleh mendaftar pemain tambahan yang tidak berdaftar (FREE AGENT) semasa musim perpindahan ini.
  3. Setiap pemain hanya dibenarkan membuat SEKALI perpindahan sahaja.
  4. Pemain IMPORT ( luar dari muhafazah Zagazig ) tidak dibenarkan.
  5. Setiap kumpulan terhad untuk membuat 3 perpindahan sahaja ( tidak termasuk pemain FREE AGENT )
  6. *Pemain FREE AGENT hanya dibenarkan bermain,setelah borang itu dihantar kepada pihak pengurusan,sebaiknya sehari sebelum perlawanan minggu ke-3 dimulakan.
  7. *Jika tidak pemain tersebut akan bermain pada minggu yang seterusnya.
2 borang akan diedarkan kepada setiap Ketua pasukan.
  • BORANG DAFTAR PEMAIN (BORANG ASAL)
  • BORANG PERPINDAHAN PEMAIN
Setiap Ketua pasukan hendaklah mengambil borang tersebut daripada AJK yang bertugas :

NIK AMILY-0146456579

Tarikh tutup perpindahan adalah : 29hb FEBRUARI 2012

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila mesej di Facebook : AINOL BIN ABDOL HAMID