Saturday 24 March 2012

CLASH OF THE TITANS:PES FC BERJAYA MENUMPASKAN ZAQELONA FC LANTAS MENJULANG PIALA BUAT KALI KE-3



SABTU,24 MAC 2012-2 Pasukan gergasi Z-league PES FC dan ZAQELONA FC yang menduduki tangga teratas liga telah beraksi di padang A Istad Gamaah pagi tadi.Masing-masing memiliki kekuatan dari taktik-taktik perlawanan yang dipersembahkan tadi.

Kelihatan pada separuh masa pertama,PES FC banyak membuat serangan tetapi dengan kawalan ketat bahagian pertahanan ZAQELONA FC,PES FC tidak berjaya membuat sebarang jaringan.Terdapat beberapa cubaan tersasar dari penyerang utama PES FC , FAHMI dan ZAID namun tidak dapat menyentuh tiang gol pihak lawan.ZAQELONA pula tidak terlalu menyengat semasa separuh masa pertama ini.

ZAQELONA FC bangkit semasa separuh masa kedua dengan membawa masuk pemain simpanan NADHAR dan FAIZ AZLAN yang tidak bermain langsung ketika awal permainan.Kemasukan 2 penyerang tersebut menjadikan bahagian pertahanan PES FC menjadi kurang terkawal berbanding separuh masa pertama.Cubaan NADHAR JAAFAR menyepak dari ruang sepak mula terus ke arah gol hampir membuahkan hasil apabila terkena palang gol pihak lawan.

Posisi kedua-dua pasukan semasa separuh masa kedua ini kelihatan seimbang,kedua-duanya banyak membuat serangan sehingga masa berbaki 4 minit apabila ZAID membuka peluang jaringan kepada FAHMI setelah bola yang disepak ke arah penjaga gol ZAQELONA FC membuatkan kekeliruan barisan pertahanan dan akhirnya jaringan di hadapan tiang gol disudahkan oleh FAHMI.Jaringan 1-0 kekal sehingga wisel penamat ditiup oleh pengadil.

Dengan jaringan yang dibuat oleh FAHMI ODENI itu beliau memegang takhta PENJARING GOL TERBANYAK SEPANJANG ZAMAN dengan 20 jaringan seterusnya kemenangan PES FC terhadap ZAQELONA FC dan SUKA-SUKA FC pagi tadi melayakkan pasukan itu menjulang PIALA Z-LEAGUE MUSIM 2011/2012 dan juara 3 tahun berturut-turut.

Bagi ZAQELONA FC pula pertandingan hanya berbaki 1 perlawanan sahaja dan mata pasukan ini disaingi rapat oleh pasukan GERAGAS FC yang memenangi kedua-dua perlawanan pada pagi tadi dan mempunyai beza jaringan yang sangat rapat.Penentuan tempat naib johan dan tempat ke-3 akan ditentukan pada minggu terakhir Z-league yang akan diadakan pada 7hb APRIL 2012 nanti.