Wednesday 29 February 2012

FARHAN DISAMBAR FC ZAQELONA

Farhan meninggalkan kelab lama beliau untuk berkhidmat bersama ZAQELONA FC

Oleh : Zagazig Freestyler

ZAGAZIG, 29th February 2012 - Farhan Khairul Fahmy, 19, bekas kapten dan penyerang Stella Del Calcio yang menyatakan hasrat ingin berpindah sebelum ini akhirnya disambar pasukan yang telah merangkul naib-juara pada musim lepas, Zaqelona FC justeru menjadi pemain pertama yang merasmikan musim perpindahan pertama dalam sejarah Z-League. Beliau akan menguatkan lagi jentera serangan pasukan FC Zaqelona yang dibarisi oleh kapten FC Zaqelona sendiri, Ammir Izzat. Beliau yang bakal menyarung jersi merah jambu FC Zaqelona bernombor 9 insyaAllah akan beraksi pada minggu ini buat pertama kalinya dengan pasukan baru beliau. Disoal mengenai prestasi Farhan pada musim ini, kapten FC Zaqelona berkata, “Saya berpuas hati dengan prestasi beliau setelah lebih setahun bermain bersama. Farhan telah menunjukkan peningkatan ketara jika dibandingkan dengan penampilan pertama beliau bersama Stella Del Calcio pada musim lepas. Tidak mustahil jika saya samakan beliau dengan pemain sayap FC Barcelona, Cristian Tello dan penyerang berbisa Brazil, Neymar.”

Adakah Farhan telah melakukan keputusan yang tepat dengan meninggalkan kelab lama beliau untuk bersama pasukan FC Zaqelona? Adakah beliau akan menunjukkan lebih banyak aksi menarik selepas ini? Atau adakah beliau akan mempamerkan aksi mengecewakan? Sama sama kita nantikan aksi pertama beliau bersama pasukan baru, FC Zaqelona menentang SM Rossoneri dan Digitalis FC pada hujung minggu ini.